Tuesday, 24 May 2011

The new standpoint, better prospect...

Orang2 Jepun percaya kepada 3 kuasa...pedang, emas dan cermin. Ketiga2 nya mempunyai ide yang tertentu. Pedang bermaksud senjata atau kuasa yang bersifat kekuatan dan kejayaan. Emas bermaksud kekayaan dan orang yang mempunyainya mewah kehidupan. Cermin bermaksud self-knowledge, berilmu dan mereka disanjung tinggi. Kombinasi ketiga2 nya akan menjadikan seseorang itu bukan sekadar berjaya dalam hidup tapi boleh menguasai masyarakatnya.

My point simple jer..Atlet memiliki dua daripadanya tapi tidak semua mampu memiliki kuasa yang terakhir. Dengan skill kemahiran yang tinggi, mereka mencipta nama dan rekod kejayaan. Justeru mudah mendapat kekayaan melalui hadiah kemenangan. Tapi adakah mereka bijak menggunakan kekuatan dan kekayaan mereka. Saya masih ragu. Dan kerana itulah, saya ubah sedikit perspektif Blog Atlet ni..
Dia org no doubt da memang terer bermain...katakanlah dapat kontrak bernilai tinggi. Tempoh kontrak paling lama 5 tahun (FIFA Regulation). Mewah berbelanja. Tapi, bila tamat kontrak, nak buat apa..paling2 pon jadi la coach. Itu kalo boleh bermain, kaki atau tangan tak pernah patah. Da la waktu terer bermain dulu, sekolah asyik ponteng... SPM cukup lepas jer..kerja kilang..malu kat kawan2..camner?

Kalo buat blog pasal undang2..saya rasa atlet kita tak baca kot. Dengar nama Lex Sportiva tuh jer da rasa loya..pening kpla. Tapi tak boleh salah kan dia org jugak...Kemahiran mereka dan pengetahuan dia org ni ada tempat khususnya...dan yang pasti..mereka tak perlu susahkan kepala fikirkan ini semua. Tapi bila sebut nak jadi kaya, semua org nak..termasuklah mereka2 ini.

So, step pertama ialah bukakan mata mereka, celikkan minda mereka...startkan cerita gembira dan bahagia. Biar mereka ketawa dan suka...barulah kemudian kita ajar...kerana tak semua mereka ini sanggup belajar. Bagi mereka buang masa jer. Tengok apa sudah jadi kepada 25 atlet kaya ini..apabila ada dua kuasa tapi tak ada minda.

Atlet kita pon berpeluang nak jadi kaya. Hanya kena tau bagaimana caranya...InsyaAllah, baca blog ni, kita sama2 belajar. Tambah ilmu di dada.

-end-