Orang2 Jepun percaya kepada 3 kuasa...pedang, emas dan cermin. Ketiga2 nya mempunyai ide yang tertentu. Pedang bermaksud senjata atau kuasa yang bersifat kekuatan dan kejayaan. Emas bermaksud kekayaan dan orang yang mempunyainya mewah kehidupan. Cermin bermaksud self-knowledge, berilmu dan mereka disanjung tinggi. Kombinasi ketiga2 nya akan menjadikan seseorang itu bukan sekadar berjaya dalam hidup tapi boleh menguasai masyarakatnya.
My point simple jer..Atlet memiliki dua daripadanya tapi tidak semua mampu memiliki kuasa yang terakhir. Dengan skill kemahiran yang tinggi, mereka mencipta nama dan rekod kejayaan. Justeru mudah mendapat kekayaan melalui hadiah kemenangan. Tapi adakah mereka bijak menggunakan kekuatan dan kekayaan mereka. Saya masih ragu. Dan kerana itulah, saya ubah sedikit perspektif Blog Atlet ni..