Tuesday 24 May 2011

Dilema atlet profesional...

Hahaha...memang dilema pon. I baru baca satu buku tulisan Rob Beamish dan Janet Borowy, What Do You Do For A Living? A. I'm An Athlete, The Sports Research Group, Queen's University, Canada, 1988. Dia nyatakan 10 mitos berkenaan dengan High Performance Sports (Sukan Berpretij Tinggi). Tapi, I x nak bincang semua...I pilih mana2 yang i rasa sesuai jer dgn jiwa atlet negara kita.


Myth 1: High performance athletes are amateurs.
I setuju kerana kalo jadi profesional, tak bole la nak g main kat Olimpik. Sebelum 1974, Olympic Charter dengan jelas mengiktiraf '..only recognised athletes who participate, and have always participated in sport without material gain'. Kalo cam tu, jadi amatur je la seumur idup. Kalo training, dapat le elaun. Ada duit dan yang paling penting masih bole ke Olimpik. 

Tu dulu..selepas 1974, IOC da tukar syarat kelayakan pertandingan. Profesional pon da bole bertanding. Kalo atlet profesional negara lain, dia org amik kesempatan ni utk main all out, jadi full time player utk naikkan nama negara. So, atlet Malaysia sepatutnya lebih lagi. Kenapa? Selain glamer, boleh penuhkan poket dapat duit drpd sponsor syarikat, hadiah kemenangan kerajaan lak sampai RM80,000, dan yang best kalo nasib ada, dapat gelaran 'datuk' pulak...jadi mitos tadi atlet kita kena buang jauh2...

Myth 3: Sport is only a game.
Yang ni adalah kurap yang paling bahaya. Kalo berjangkit sampai 2-3 generasi tak leh nak buat aper. Sukan x penting, buang masa...paling baik pon sihat tubuh badan. Hellooo...kerajaan Malaysia bukan saja nak abiskan duit pembayar cukai dengan menghantar atlet bermain ke luar negara utk jadi skilful dan terer...dia org pergi bukan makan angin, jadi pelancong. Kerajaan sebenarnya berhasrat nak jadikan sukan satu business, satu industri. Dan kalo buat event sukan kat Malaysia pon ada sebabnya..bukan sekadar projek 'gajah putih'. Bila ada syarikat menaja, bila ada aktiviti business...duit masok.

So, apa manfaatnya kepada atlet profesional? Kalo sukan tu bukan sekadar berpeluh, tapi satu business.. kena ada produk nyer. Jadi, atlet kena buat banyak latihan utk hasilkan 'produk' terbaik. Apa produk atlet profesional? Senang jer..'kemenangan'. Bila menang, baru ada tv nak broadcast, ni ok sebab ASTRO Arena x banyak songel...demi martabat sukan tanah air katanya. Latihan nak hasilkan produk kemenangan bukan bole buat 2 jam sehari, waktu petang. Seminggu 14 jam. Tak cukup. At least 40 jam seminggu.  Kalo 3 jam pagi dan 3 jam petang (6 jam) x 7 hari = 42 jam campur lak malam kalo ada pertandingan...kesimpulannya melebihi dari waktu pegawai kerajaan bekerja. (8 jam x 5 hari = 40 jam seminggu). Atlet yang nak gi SUKMA pon i rasa da sampai level 'bekerja tetap' kalo ikut standard jam bekerja kat Malaysia. kesimpulannya, apa yang mereka buat bukan lagi bermain tapi serius giler...bekerja tuh...

Myth 7:  Sport and politics do not mix
Betul ke? Kat Malaysia ni I x percaya langsung sukan dan politik x bercapur. I tengok sebati, sehati jer. Kita sentuh lain kali isu sensitif nih..Anyway, sukan pada peringkat sebuah negara pon ialah satu alat. Kalo dibuat analogi...ia satu bentuk peperangan. Tak de negara kecik yang tak boleh kalahkan kuasa besar...kerana awal2 lagi semasa perbarisan Olimpik, negara yg berbaris adalah menurut alphabetical order - no nation is ranked above another. Sama-sama bersedia kat barisan pemula. Negara pemenang dan yg kuat adalah ditentukan oleh besi...bukan peluru besi tapi medal besi. Tapi menariknya, kemenangan abadi apabila semua negara bersatu...bersama..'promote international harmony and the elimination of inequality..'

Dalam kedua-dua keadaan, penentunya ialah atlet. Kalo u setakat main gitu-gitu jer, x yah la bermimpi bersama kat garisan pemula tu. Tengok tv kat umah jer la...Tapi kalo u rasa 'Msia boleh'..Malaysia memang da terbukti boleh. Cuma sejarah belum lagi berulang. Atlet hanya menghafal tarikh dan nama dalam lipatan sejarah tersebut, tetapi tidak pernah belajar darinya...

Myth 8: Public investment is so great that athletes should not expect a share in the revenue generated by high performance sport.
Olympic 2008 di China sebulan untung 863 bilion yuan (CCTV June 19, 2009). ASTRO untung pon sampai 233 juta Malaysia Ringgit setahun..jauh tu, tapi ok. Nak tanya u all, apa yang lebih menarik? Siaran langsung bola sepak atau drama bersiri Cahaya (tu jer aku tau..sori)? Org minat yg 'live' dan penuh debaran...harga mesti mahal gak. Cuma kat Msia, harga penyiaran Liga Super atau Perdana tak lah mahal sangat..atau belum mahal kalau dibandingkan dgn berpuluh-puluh liga profesional kat dunia nih. InsyaAllah akan sampai ler masa nyer nanti. Kalo da sampai masanya tu, atlet profesional semua kaya raya. Bole beli umah besar dan keta mewah.

Kenapa mitos tadi tak betul plak? Atlet Malaysia, walaupon da bergelar profesional (bekas pon ramai) sebenarnya hidup derita..cukup makan jer. Banyak sangat da kat akhbar kita baca persatuan negeri tak cukup duit nak bayar gaji...apatah lagi nak hadiahkan itu dan ini. Walaupun syarikat  penyiaran da bayar bahagian mereka juta-juta, jumlah yang sampai kat tangan mereka sekadar cukup cuma. Hanya yg betul2 ada high profile jer sebenarnya mandapat manfaat. Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David mungkin bertuah. Tapi apa yang dilakukan oleh mereka bukannya mudah..anggaplah semua sponsor dan wang saguhati tersebut sebagai bayaran kepada 'specialised skills' yg bukan semua org boleh memilikinya.

Myth 10: Advocates for the interests of athletes merely want to dear down the sport system to reach their own selfish ends.
Part ni la sebenarnya org tuduh kita bagai 'duri dalam daging' atau 'gunting dalam lipatan'. Bila kita nak ubah pemikiran atlet, bagaimana sebenarnya kehidupan atlet profesional itu, hak mereka, tugas dan tanggungjawab, ada org kata kita nak robohkan empayar sukan yang dah dibina selama ini, rosakkan sistem yg diatur sempurna..kacau daun jer.

Tiada satu sistem sukan bagi membina atlet profesional bertaraf dunia yg sempurna. Tapi secara jelas, ia adalah satu sistem yg sentiasa berkembang dengan proses susah dan panjang, perlahan tetapi konsisten. Semasa perkembangan itu, tidak salah kalau ianya sentiasa diperhati, ada penambah-baikan hatta dikritik. Kat Malaysia, kita da ada satu polisi sukan kebangsaan, sejak tahun 1988 lak tuh bagi membina empayar atlet profesional. Kita da ada undang2 yang menyediakan stadium, menggalakan penyelidikan sukan dan membangunkan sukan secara menyeluruh. Tapi semua itu hanyalah 'hardware' semata-mata. Yang penting ialah 'software' itu sendiri. Software kena baik punye, compatible dan software itu adalah atlet profesional kita. Dan kalo ada org yang cuba menaikkan martabat profesionalisme sukan tanah air..adakah mereka jahat? Sudah tentu tidak, bahkan ucapkanlah terima kasih.

-end-