Monday 4 April 2011

CAS hilang bidangkuasa???

Salam..
Dalam artikel terdahulu, CAS adalah satu organisasi ala-ala Mahkamah yang bersifat timbangtara (Arbitration) telah diberi kuasa sepenuhnya oleh badan sukan dunia IOC - International Olympic Committee untuk menyelesaikan masalah berhubung apa-apa saja pertikaian mengenai sukan. Bidangkuasa CAS adalah bersifat global dan mempunyai elemen 'public international law', bersifat mengikat ala-ala 'binding precent'. Ia telah dibuktikan dalam beberapa kes mahkamah di England contohnya dalam kes Enderby Town Football Club Ltd v Football Association Ltd [1971] 1 All ER 215 (Lord Denning) dan juga diiktiraf oleh New York Convention on the Recognition and Enforcement of Foreign Arbitral Awards 1985 sebagai satu award yang perlu diiktiraf oleh mahkamah biasa di seluruh dunia.

Apa yang diperdebatkan oleh ahli akademik khususnya pakar Lex Sportiva dewasa ini ialah apabila Denis Oswald, Ketua Pesuruhjaya Olimpik,  International Olympic Committee's (IOC) untuk 2012 Games di London menyatakan, “On a purely legal point of view, we feel that CAS has no jurisdiction over the case. The clause in the marketing agreement said every issue should be included and no other court case should be started by one or the other party.”

Kes apa yang dipertikaikan dalam isu di atas? Simple jer iaitu mengenai pertikaian revenues (duit masuk weyh) di semua kaunter tiket stadium di mana Olimpik Games diadakan. Oswald, yang pernah sebelum ini menjadi salah seorang daripada arbitrator CAS pernah berkata "the IOC would respect any decision made by world sport’s highest court - CAS. If at the end CAS feel that they do have jurisdiction, then, of course, on the merits we feel we have a very good case.." Tetapi dalam isu duit di atas, beliau telah berkata,  isu dalam kes itu hanylah “spurious” and “depressing” dan hanya menganggu proses persediaan olimpik Games 2012. 

Begitulah gamaknya sensitiviti manusia terhadap nilai duit. Apa saja yang berkenaan duit pasti boleh dimenangkan. Pendirian yang sebelum ini dicipta dengan akal fikiran yang waras dan satu boleh ditukar dengan begitu sahaja....sekiranya kes ini menjadi satu precedent kepada negara-negara lain (EU Countries), besar kemungkinan bidangkuasa CAS semakin kecil...makin lama semakin hilang fungsinya...konsep lex sportiva semakin tah....